MUSIBAH yang bertimpa-timpa!
Begitulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan ‘mengaibkan’ untuk Chelsea, sebuah kelab yang dahulunya gah di Liga Perdana Inggeris.
Jurulatihnya, Mauricio Pochettino mengakui Chelsea yang bergelut perlu bangkit selepas musim bermasalah mereka dijejaskan lagi dengan kekalahan 1-0 menentang Aston Villa lewat malam kelmarin.





