Sukan

‘Plot twist’, masih tiada di padang latihan Kedah, khabarnya Manny Ott bukan ke TFC, sebaliknya bergabung dengan adik di Indonesia

KEDAH Darul Aman (KDA) FC akhirnya memulakan sesi latihan pra musim Liga Malaysia (Liga M) untuk saingan 2024/2025 pada Selasa selepas pelbagai dugaan menimpa sehingga ada khabar angin mendakwa Sang Kenari akan beraksi di Liga M3.

Sesi latihan pra musim berkenaan dibuat sejurus pengumuman pemain baharu iaitu penyerang pinjaman dari Johor Darul Takzim (JDT), Syafiq Ahmad, Rizal Ghazali, Irfan Zakaria dan Zamri Pin.

Dalam perkongsian hantaran beberapa foto latihan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah itu, kelibat kapten KDA FC, Manuel Ott masih tidak kelihatan dan ia semakin mengesahkan perpindahannya ke pasukan lain.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh