ATLET karate muda negara, Lovelly Anne Robberth yang mencipta kejutan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 tidak dapat menahan air mata apabila terkenangkan mendiang ibunya, Adriana Pamela Sundangit, yang meninggal dunia sekitar tahun 2016.
Atlet berusia 19 tahun berasal dari Penampang, Sabah itu sebak dan terus mengalirkan air mata apabila menyebut mengenai mendiang sewaktu menjawab soalan media tempatan, kepada siapakah beliau mendedikasikan kejayaan bersejarah itu.
“Pingat ini untuk ibu saya yang sudah meninggal dunia pada 2016 lagi, akhirnya saya dapat (naik) podium dengan Olimpian dan buktikan kepada semua saya mampu lakukan sebagai atlet Malaysia di Sukan Asia,” katanya yang membuat penampilan sulung di Sukan Asia dalam rakaman yang menunjukkan dia menangis sebak.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





