Sukan

Piala Supermokh: SSBJ tewaskan AMD Future, JDT B12 ikut jejak ‘senior’ bantai kelab Filipina

SEKOLAH Sukan Bukit Jalil yang juga merupakan Akademi Zon Tengah, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) kembali berada di landasan tepat untuk melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan AMD Future, 3-1 pada aksi kedua peringkat kumpulan kategori bawah 14 tahun, Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023.

Tewas 2-4 di tangan wakil pasukan dari Thailand, Buriram United pada Selasa, anak didik Nik Juhaisham Tarmizi meraih tiga mata penuh pada perlawanan yang diadakan di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Gambang, Pahang.

Ujar Nik Juhaisham, mereka perlu menang pada perlawanan ketiga menentang pasukan Spartak Trnava dari Slovakia esok (Khamis) untuk mengesahkan kemaraan ke pentas separuh akhir.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.