Sukan

Piala FA: Menang atau kalah, Johor umum cuti peristiwa Ahad ini

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan satu cuti peristiwa akan diberikan pada Ahad kepada penduduk negeri itu berikutan kejayaan skuad Harimau Selatan melangkah ke pentas akhir Piala FA 2024.

Dalam satu hantaran di Facebook, kerajaan negeri akan diberikan cuti selepas perlawanan akhir antara Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Dengan perkenan Tunku Mahkota Ismail, dengan ini, kerajaan negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 25 Ogos sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh rakyat sebagai tanda penghargaan buat ‘Pemain ke-12’ JDT dalam Piala FA 2024,” tulisnya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.