KELIBAT tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias dalam sesi latihan skuad kendalian Hector Bidoglio itu pastinya memberi kelegaan kepada penyokong Harimau Selatan.
Kehadiran Jalil dalam sesi latihan JDT itu merupakan persediaan menjelang aksi berdepan Malaysian University FT (MUFT) dalam saingan suku akhir pertama Piala FA 2024 Sabtu nanti.
Sebelum ini, nama Jalil hangat diperkatakan apabila terdapat khabar angin mengatakan pemain berusia 27 tahun itu bakal kembali ke Amerika Selatan bersama bekas kelabnya, San Lorenzo.