MISI besar menanti Harimau Muda dan Nafuzi Zain bagi kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) yang akan membuka tirai pada 3 September depan dengan skuad muda negara diletakkan dalam Kumpulan F.
Ujian getir bakal dihadapi pasukan tersebut kerana mereka diletakkan di samping Mongolia, Lubnan serta negara jiran, Thailand yang masing-masing memiliki rekod baik di pentas antarabangsa.
Jadi, usaha skuad B-23 negara untuk melayakkan diri ke kejohanan yang bakal berlangsung di Arab Saudi pada tahun depan itu sememangnya sukar, lebih-lebih lagi sekiranya tiada persiapan baik dilakukan.








