BEKAS pertahanan tengah Liverpool, Alan Hansen dilaporkan sedang tenat di hospital selepas dimasukkan baru-baru ini berdasarkan perkongsian di laman rasmi kelab itu.
Legenda berusia 68 tahun tersebut yang menjadi pundit sejak menamatkan kariernya dikejarkan ke hospital, namun masalah kesihatan dialaminya tidak didedahkan kepada umum.
“Sokongan orang ramai di Liverpool FC diberikan kepada bekas kapten kami, Alan Hansen yang sedang tenat dan mendapatkan rawatan. Kami di kelab sedang menghubungi keluarganya untuk memberikan bantuan pada waktu mencabar ini,” tulis Liverpool dalam satu kenyataan.