OLYMPIQUE De Marseille menandatangani penyerang Manchester United, Mason Greenwood walaupun mendapat bantahan sebahagian penyokong kelab Ligue 1 tersebut susulan kes rogol pernah menghantuinya.
Pemain berusia 22 tahun yang hanya mempunyai satu kap bersama England itu digantung pada Januari 2022 oleh Manchester United selepas pemain itu berdepan dakwaan cuba merogol dan menyerang secara seksual, namun kes digugurkan pada Februari 2023.
Susulan kes berkenaan, Greenwood dipinjamkan ke kelab La Liga, Getafe sepanjang musim lalu bagi memberinya mendapatkan minit permainan untuk mengekalkan prestasinya sebagai pemain bola sepak.






