PENGORBANAN sering dilakukan seorang peminat bola sepak sekiranya mahu membuktikan rasa cinta terhadap pasukan yang amat disayangi mereka.
Selain sanggup membelanjakan wang sehingga ribuan ringgit, ada pula yang sanggup meredah panas terik demi hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan secara langsung.
Namun, bagi penyokong tegar Selangor FC, Faizal Wahid, cintanya terhadap pasukan Lembah Klang itu menjadikannya sanggup menepikan kesihatan diri.








