PUTRAJAYA Athletic sebelum ini gah mencuri tumpuan dengan merekrut ramai pemain veteran yang mempunyai pengalamam luas dalam Liga Malaysia seperti Indra Putra Mahayuddin, Amri Yahyah, Hafiz Ramdan dan Fandi Othman.
Namun, di sebalik langkah agresif itu, kelab yang berpangkalan di Lembah Klang tersebut dikatakan terpalit dengan masalah kewangan serius apabila dilaporkan gagal membayar gaji pemain selama 11 bulan.
Berita kurang baik itu dimuat naik di laman Instagram palataoball, yang mendedahkan pasukan Liga A1 Semi Pro itu dikatakan tidak menerima gaji selama 11 bulan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.






