BERHASRAT untuk menjadi pasukan bertaraf antarabangsa, kelab bola sepak komuniti Shah Alam Antlers yang merupakan pasukan semi-pro Malaysia yakin dengan acuan sendiri. Bukan saja terkenal dalam kalangan penduduk Shah Alam, kelab tersebut memiliki peminat melangkaui seluruh negeri dan negara.
Pegawai Perhubungan Awam, Asif Lokman berkata, penubuhan Shah Alam Antlers menunjukkan sebuah gelombang bagi mempamerkan kekuatan kelab berasaskan bandar tersebut di dalam dunia bola sepak.
“Kelab yang berasaskan sebuah bandar ini boleh dikatakan telah berjaya dari sudut perkembangan dunia bola sepak. Kejayaan yang dimaksudkan bukanlah pasukan ini sudah dapat bermain liga atasan seperti Liga Super dalam masa terdekat.









