BEKAS pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV), Paarveen Waran kini sah bergelar pemain kelab Portugal selepas menyertai FC Vizela dalam saingan Liga Portugal 2 bagi musim baharu.
Perkembangan itu dikongsikan oleh akaun @HarimauAbroad menerusi hantaran di platform X pada Isnin, sekali gus menjadi pencapaian penting buat pemain muda tanah air itu di peringkat antarabangsa.
“Bekas pertahanan JDT IV, Paarveen Waran telah menyertai FC Vizela dalam Liga Portugal 2,” katanya.





