Sukan

Pernah bergabung di Selangor, 3 pemain boleh jadi tonggak NSFC jika benar Nidzam Jamil tiba di Paroi

KEM Negeri Sembilan FC tersenyum lebar apabila dikhabarkan akan menerima kehadiran bekas pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan pasukan mereka dalam menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Nidzam Jamil yang cukup terkenal dengan pengalaman luas dalam bola sepak tempatan, dijangka memainkan peranan penting dalam membantu skuad Jang meraih kejayaan pada musim ini.

Pengendali berusia 45 tahun itu dilihat sebagai individu yang mampu memberikan impak positif kepada Negeri Sembilan untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh