SESI pramusim adalah medan melihat keupayaan pemain baharu namun perlu diingat ia bukan alat pengukur untuk meletakkan harapan tinggi kepada mereka bagi memberikan persembahan cemerlang di saingan liga sebenar.
Musim ini, senario beberapa pemain import yang meraih pujian menggunung ketika sesi pramusim namun masih belum menunjukkan taring berlaku lagi sehingga tohmahan seperti enggan melihat mereka bermain sudah mula dilontarkan oleh penyokong.
Saingan Liga Super yang sudah selesai dengan perlawanan minggu ketiga menyaksikan beberapa import baharu dari tiga pasukan gergasi seperti Selangor FC, Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kritikan keras.