PARA penyokong dua wakil negara di Piala Shopee, Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC berpeluang untuk bertemu bintang kesayangan mereka secara langsung pada Ahad ini.
Hal ini kerana, beberapa nama daripada dua kelab itu akan hadir dalam siri jelajah Piala Shopee yang akan singgah di hentian terakhir dekat Sunway Velocity, Kuala Lumpur bermula 11 pagi hingga 5 petang.
Dalam pertemuan itu, pemain-pemain seperti Safawi Rasid, Manny Ott dan Declan Lambert akan membuat kemunculan sekitar 3 hingga 4 petang.






