Sukan

Penyokong Perak naik angin bas JDT berdesup tinggalkan stadium, video bukti padang masih baik

PENYOKONG Perak tampak tidak berpuas hati dengan keputusan Malaysia Football League (MFL) menunda perlawanan membabitkan pasukan tuan rumah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) buat kali kedua bagi musim ini.

Tambah kemarahan penyokong Perak apabila mereka mendakwa bas pasukan JDT lebih awal meninggalkan stadium meskipun pengumuman untuk menunda perlawanan masih belum rasmi.

Menerusi <a href="http://

Dalam pada itu, menerusi hantaran video yang dimuat naik TBG Super Fan dalam Facebook berkongsi keadaan padang di Stadium Perak.

Hantaran dimuat naik oleh laman Facebook itu mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong bola sepak tempatan.

“Padang tak bertakung, boleh sahaja main,” kata Amir Aizat.

“Pemain ramai-ramai bagilah skuad kedua main. Pemain utama simpan untuk Asia, atau JDT tak nak rekod tercalar?” soal Abdul Razak.

“Jadual MFL pun tak pandai, dulu elok last game habis bulan lapan. Sebab kita tahu start bulan sembilan monsun hujan tinggi,” ujar Tun N. Solihin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

0%