Sukan

Penyerang kaki kidal Filipina tinggalkan kelab Indonesia, diseru kembali hangatkan skuad Pantai Timur

DEWA United mengesahkan telah melepaskan khidmat penyerang sayap, Jose Elmer Portia atau lebih dikenali sebagai OJ Porteria bagi saingan Liga 1 Indonesia musim 2024/2025 yang akan bermula pada Ogos nanti.

Pemain pasukan kebangsaan Filipina yang dibawa masuk oleh Dewa United pada separuh musim Liga 1 Indonesia itu hanya bermain dalam 11 perlawanan domestik dan membantu mencetak tiga gol.

Susulan kesepakatan antara pihak pengurusan Dewa United bersama OJ Porteria, penyokong kelab lamanya iaitu Kelantan Darul Naim (KDN) FC bersedia untuk menerima kehadirannya semula ke dalam pasukan berkenaan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.