BAGI membudayakan industri sukan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjelaskan bahawa pelepasan cukai ini akan bertambah sekiranya sudah mendapat sokongan yang menggalakkan daripada pemegang taruh terutamanya ibu bapa.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, KBS akan bekerja rapat dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam tempoh 12 bulan tahun ini untuk mendapatkan data rakyat yang menggunakan pelepasan cukai ini.






