SELEPAS kehilangan pemain sayap dari Argentina iaitu Manuel Hidalgo, Kedah Darul Aman FC akhirnya berjaya menemukan pengganti bintang tersebut.
Hal ini kerana, Sang Kenari telah mendapatkan pemain sayap baharu dari Uzbekistan iaitu Sukhrob Nurullaev sebagai senjata baharu mereka di posisi tersebut.
Pemain berusia 26 tahun tersebut direkrut Kedah selama semusim sebenarnya merupakan rakan sepasukan bagi pertahanan baharu Selangor FC iaitu Umar Eshmurodov.





