JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan hanya pasukan yang memberi fokus sepenuhnya kepada skuad utama mereka, malah pembangunan pemain muda juga wajar mendapat pujian.
Misalnya, ketika kempen pramusim 2024/2025 berlangsung, banyak kelibat pemain dari skuad simpanan diberi peluang untuk berlatih bersama-sama tonggak senior berpengalaman di bawah bimbingan kendalian Hector Bidoglio.
Peluang keemasan itu bukan semua pemain skuad simpanan akan merasainya kerana ubi muda terpilih sahaja akan mendapat kepercayaan untuk menimba pengalaman berlatih dalam keadaan intensiti tinggi.