JUARA Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) tiada masalah untuk menewaskan kelab Singapura, Lion City Sailors dengan keputusan 2-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Bishan, Singapura baru-baru ini.
Jaringan pertama JDT disumbangkan oleh penyerang sayap kiri kelahiran Sweden, Nicolao Cardoso seawal minit kesembilan dan penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales mencetak gol kedua pada minit ke-24.
Manakala, pasukan tuan rumah pula membawa pulang gol sagu hati dari penyerang dari Belgium, Maxime Lestienne berjaya melepaskan rembatan ke gawang yang dijaga Syihan Hazmi pada minit ke-37.







