JADUAL padat saban tahun menjadi kerisauan hampir kesemua kelab profesional bola sepak, terutamanya di Eropah yang dilihat terkesan dengan perkara tersebut.
Impak paling buruk terhadap masalah itu adalah pemain sering mengalami kecederaan apabila mereka tidak dapat berehat secukupnya.
Jadi, dalam menyelesaikan masalah tersebut, liga-liga utama sekitar benua tersebut mengambil keputusan untuk mengheret badan induk bola sepak global, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke muka pengadilan.







