PIHAK penganjur Shah Alam Rugby Challenge 2024 memohon maaf kepada kesemua wakil dan ibu bapa atas kesilapan teknikal yang berlaku sehingga menyaksikan pertandingan itu diabaikan.
Pengarah Kejohanan, Abdul Muin Ahmad Wahi dalam satu kenyataan pada Ahad menegaskan bahawa wang akan dikembalikan kepada peserta kejohanan yang diadakan di Shah Alam, Selangor bermula Jumaat lalu itu.
“Saya akan memulangkan wang sebanyak RM300 untuk semua pasukan kategori Bawah 14 Tahun (U14) dan Bawah 16 Tahun (U16) yang bertanding di Shah Alam Rugby Challenge 2024 dalam tempoh 14 hari bekerja bermula Isnin depan.