Sukan

Penantian, kesabaran Fandi pada Agapov berbalas dengan tiga mata penting

Bola Pegun kembali menemui pembaca. Kolum ini, sesuai dengan namanya mengenai situasi bola mati yang penting dalam memburu jaringan, akan cuba berkongsi sorotan mengenai suka-duka jurulatih, pemain mahupun pasukan mengejar kejayaan dalam saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

APABILA Mykola Agapov menjaringkan gol sulungnya untuk Sri Pahang FC dalam perlawanan pusingan 16 Piala FA yang terikat 1-1 dengan Penang FC pada 14 Jun lalu, ketibaannya menjanjikan banyak harapan ketika itu.

Penyerang tengah kelahiran Ukraine berketinggian 1.84 meter itu dilihat sebagai jawapan kepada ketumpulan barisan depan skuad Tok Gajah – 10 golnya pada musim 2023 adalah daripada pemain pertahanan, Stefano Brundo — yang menyaksikan mereka banyak mencicirkan mata.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh