SATU kesilapan bagi pihak pengurusan Penang FC apabila memanggil semula pemain utama mereka, Syamer Kutty Abba dan Adib Ra’op untuk beraksi dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Cabaran 2024 menentang PT Athletic FC pada Selasa (10 Disember).
Kini penyokong Selangor FC dan Kuching City FC pula mendesak agar pihak pengurusan memanggil semula pemain-pemain yang diberikan pelepasan untuk ke skuad kebangsaan bagi menghadapi dua aksi penting minggu ini.
Selangor FC akan melakukan debut pertama dalam saingan Piala Cabaran menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) apabila tersingkir dari kejohanan Piala Malaysia 2024 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Khamis (12 Disember).