JOHOR Darul Ta’zim (JDT) sudah semestinya mahu memulakan kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite musim ini dengan kemenangan bagi memastikan berada dalam kedudukan stabil.
Berdasarkan format, skuad Harimau Selatan perlu menamatkan saingan dalam kelompok lapan teratas daripada 12 pasukan untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.
Namun, ujian getir menanti anak-anak buah Xisco Munoz yang akan memulakan misi kali ini dengan aksi menentang Buriram United di Chang Arena, Thailand pada Selasa.







