PEMILIK AC Milan, Gerry Cardinale dilaporkan bertemu dengan Zlatan Ibrahimovic pada Isnin untuk membincangkan mengenai kepulangan bintang veteran tersebut ke kelab berkenaan.
Bekas penyerang itu berada di Milan untuk menghadiri aksi Liga Juara-Juara pada Selasa antara AC Milan dengan Paris Saint-Germain (PSG).
Ibrahimovic, 41, dilaporkan masih belum bersetuju untuk kembali semula selepas mengumumkan persaraannya pada Jun lalu.





