PEMAIN sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Hanapi sah bergelar suami dengan wanita pilihan hati iaitu Nurul Aliah Natasha pada Isnin.
Majlis pasangan itu berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh meriah di Johor dengan kehadiran ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua mempelai.
Khabar gembira mengenai pernikahan pemain bola sepak kebangsaan berusia 24 tahun itu turut menjadi perhatian ramai selepas beberapa foto dan video sekitar majlis tular di media sosial.







