PEGUAM dari Argentina, Carlos Iparraguirre berpandangan hukuman dikenakan FIFA ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung skandal pemain warisan cukup memalukan.
Berkata kepada Aire Digital pada Selasa, peguam berkenaan menjelaskan bahawa organisasi antarabangsa itu menggunakan kes tersebut sebagai peringatan agar kes sedemikian tidak berulang.
“Ini merupakan kes yang jelas dibuat secara terang-terangan dan FIFA melihatnya secara serius untuk dijadikan contoh kepada negara lain. Laporan FIFA itu amat memalukan,” katanya.






