PENYOKONG bola sepak menggesa ujia DNA dijalankan selepas menyedari pemain wanita Afrika Selatan, Miche Minnies mempunyai raut wajah mirip legenda Brazil, Ronaldinho.
Minnies, 21, penyerang kelab Mamelodi Sundowns di Afrika Selatan tular di media sosial selepas penyokong mendapati wajahnya hampir sama dengan bekas pemenang Ballon d’Or itu.
Gambar Minnies ketika beraksi dipadankan bersama Ronaldinho ketika era kegemilangannya dan persamaan mereka dilihat sangat ketara apatah lagi kedua-duanya memakai jersi kuning.






