PEMAIN badminton veteran tanah air, Chan Wan Seong sekali lagi mencipta nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila membawa pulang pingat emas daripada Kejohanan Persekutuan Badminton China Dunia (WCBF) ke-28 2024.
Ia adalah pingat ketiga Wan Seong daripada tiga kejohanan berturut-turut apabila pada September lalu, dia memenangi pingat perak dalam acara perseorangan lelaki bagi kategori kumpulan umur 70-74 pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Ceylon Masters.
Wan Seong juga sebelumnya berhasil memperoleh pingat emas dalam acara perseorangan lelaki bagi kategori kumpulan umur 70-74 dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa Empat Musim pada tahun ini.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.






