Sukan

Pelumba Jepun tersingkir… Shah Firdaus layak ke final keirin lelaki

MISI memburu pingat emas untuk Malaysia diteruskan apabila atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengesahkan slot ke final acara keirin lelaki pada petang Ahad.

Pada mulanya Shah Firdaus, 28, terlepas peluang beraksi di final selepas menduduki tempat keempat dalam saingan separuh akhir acara keirin lelaki.

Bagaimanapun rezeki berpihak kepadanya setelah atlet Jepun, Kaiya Ota yang berada di kedudukan ketiga tersingkir daripada pertandingan selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh