WALAUPUN pintu ke saingan pusingan 16 terbaik sudah tertutup, Johor Darul Takzim (JDT) tetap akan memberi persembahan terbaik untuk memburu kejayaan menentang BG Pathum United FC pada aksi terakhir Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Iskandar Puteri, Johor pada Selasa.
Pertembungan dianggap pelengkap jadual di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, ketua jurulatih JDT, Esteban Solari menyifatkan perlawanan itu penting bagi memperbaiki prestasi pasukan dengan berdepan cabaran besar menentang kelab Thailand dibarisi pemain berkualiti.
“Kami akan menunjukkan corak permainan yang sempurna dari segi kekuatan, mentaliti dan komitmen. Barisan pemain fokus dan mahu beraksi dengan baik dan memenangi perlawanan,” katanya pada sidang media praperlawanan di Iskandar Puteri pada Isnin.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.






