Sukan

Pelantikan CEO TFC: Pengaruh saja tak cukup, cabang bola sepak berbeza — Pemerhati

PELANTIKAN Sheikh Farouk Sheikh Mohamad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Terengganu FC (TFC) disambut dengan pandangan terbuka oleh pemerhati sukan tanah air, Afiq Rowley, yang menyifatkan langkah itu sebagai wajar namun bukan tanpa cabaran.

Menurut Afiq, meskipun Sheikh Farouk tidak datang dari latar belakang bola sepak, pelantikannya tetap boleh diterima sekiranya beliau mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk mengurus serta memimpin kelab secara profesional.

“Pada saya, ia wajar jika beliau berkaliber di posisi tersebut. Mana tahu, dengan pengaruhnya, beliau boleh menarik syarikat korporat untuk menaja Terengganu,” katanya kepada Majoriti.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh