Sukan

Pelakon Anak Rimau tembusi pasaran Jerman, Hanz Skelchy buktikan anak lokal mampu pikat kelab Eropah

SEORANG lagi bakat muda negara mencipta sensasi di luar negara apabila pemain tengah masa depan Malaysia, Hanz Skelchy sah menyertai kelab Jerman iaitu VfR Wormatia Worms II yang beraksi dalam saingan Landesliga, divisyen keenam bola sepak Jerman.

Hanz sebelum ini mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila membintangi filem tempatan ‘Anak Rimau The Movie’ pada 2022 namun tumpuan terhadap anak muda berbakat ini tidak terhenti di layar perak apabila dia terus menempah nama di pentas bola sepak Eropah.

Menurut perkongsian daripada Harimau Abroad dan Destiny FDC, pemain memulakan pengembaraannya di Jerman bersama skuad B-19 Pirmasens, sebelum bakatnya dihidu beberapa kelab lain. 

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.