PEMAIN ragbi 7 sebelah Sekolah Menengah (SMS) Johor, Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, meninggal dunia ketika sedang beraksi mewakili sekolahnya pada Jumaat.
Menurut laporan, Fauzan dikatakan meninggal dunia semasa turun beraksi melawan Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) dalam Kejohanan Ragbi SBP7s.
Disebabkan kejadian itu, aksi di antara kedua-dua sekolah kemudiannya ditangguhkan oleh pihak penganjur yang mengadakan perlawanan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak.





