ARNE Slot terus berdepan kesukaran dalam mendapatkan semula rentak cemerlang Liverpool apabila The Reds terus kalah, kali ini dalam saingan Piala Liga Inggeris (EFL Cup).
Bertemu Crystal Palace di laman sendiri pada Rabu, Liverpool tumpas 0-3 dengan Slot melakukan perubahan besar dalam kesebelasan utamanya.
Dia merehatkan bintang-bintang utama seperti Mohamed Salah, Virgil van Dijk, Hugo Ekitike dan ramai lagi.






