PARAMOUNT Property bakal menempa nama dalam kalendar sukan negara menerusi penganjuran Paramount Cup 2025, sebuah kejohanan pickleball dengan hadiah berjumlah RM112,500, menjadikannya antara kejohanan Pickleball paling bernilai di Malaysia setakat ini.
Lebih daripada sekadar pertandingan, inisiatif anjuran Paramount Property ini turut menandakan permulaan kepada misi jangka panjang dalam membina komuniti aktif, sihat dan terhubung menerusi pendekatan pasca-pembangunan hartanah.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Paramount Property, Chee Siew Pin menegaskan bahawa fokus utama syarikat bukan sahaja pada pembinaan kediaman, tetapi juga dalam mencipta nilai jangka panjang buat komuniti selepas projek diserahkan.






