KERUSI panas yang ditinggalkan Khamal Idris Ali menemui ‘tuan sementara’ apabila Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengumumkan Ketua Pegawai Operasi, Teknikal dan Pertandingan, Shahrul Samsudin dilantik sebagai pemangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab itu.
Langkah tersebut dibuat bagi membantu menguruskan hal semasa skuad Sang Kenari selepas Khamal Idris memutuskan untuk mengundur diri selepas empat tahun meyandang jawatan sebagai CEO KDA FC.
Menerusi kenyataan yang disiarkan menerusi media sosial rasmi KDA FC pada Khamis, Khamal Idris melepaskan jawatan itu bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaannya.





