KEHIDUPAN seseorang boleh berubah dalam satu malam, dari bergelar pelajar cemerlang sehingga terpaksa berhenti menjadi penuntut universiti dek sakit dihadapi. Demikian kisah Ahmad Nor Al Faizan Jusoh atau lebih dikenali sebagai ‘pak cik OKU’.
Ahmad Nor Al Faizan, 47, baru-baru tular selepas videonya menjadi mangsa dipukul beramai-ramai selepas dikatakan terlanggar salah satu gerai penjaja di Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu.
Kisahnya yang meraih simpati orang ramai itu membuatkan orang ramai berminat untuk mencari tahu mengenai perihal dan latar belakang lelaki kelainan upaya (OKU) kategori mental tersebut.







