KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan hukuman denda terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta dua kelab Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC susulan beberapa pelanggaran peraturan pertandingan di pentas Asia.
Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC membabitkan insiden ketika saingan kelayakan Piala Asia 2027, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) serta Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
FAM dikenakan denda AS$1,875 (RM7,788) selepas didapati melanggar Perkara 2.2 Manual Operasi Pertandingan AFC ketika aksi kelayakan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Oktober lalu.






