Sukan

‘Orang sanggup bayar duit tengok mereka main’, legenda import dedah Arif Aiman dan Faisal Halim kini dalam radar kelab elit Australia

WAKIL Australia, Central Coast Mariners yang dijadualkan akan menentang Terengganu FC (TFC) bagi aksi Kumpulan G untuk saingan Piala AFC 2023 difahamkan sudah tiba di tanah air untuk perlawanan pembukaan pada Rabu ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.

Di tengah-tengah persiapan untuk beradu kekuatan menentang naib juara Liga Super itu, ketua jurulatih kelab berkenaan, Abbas Saad sempat mendedahkan mengenai minatnya untuk melihat dua pemain kebangsaan beraksi di Liga Australia (A- League) pada suatu hari nanti.

Dua pemain Harimau Malaya yang dimaksudkan oleh bekas bekas pemain Johor pada era 1990-an itu ialah penyerang sayap Johor Darul Takzim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain lincah Selangor FC, Faisal Halim.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.