MASALAH kewangan kini terus melanda arena bola sepak tanah air sehingga terdapat kemungkinan hanya enam kelab mampu bersaing dalam Liga Super musim depan berdasarkan laporan baru-baru ini.
Perkara itu berpunca daripada kesukaran pihak pengurusan pasukan menanggung kos operasi yang semakin meningkat saban tahun tanpa menerima pulangan berbaloi daripada pelaburan dibuat.
Sekiranya situasi tersebut berterusan, terdapat kemungkinan besar Liga Malaysia akan terkubur, lebih-lebih lagi sekiranya tiada sebarang usaha dicurahkan daripada pihak penganjur.