ATLET sukan tempur negara, Johan ‘Jojo’ Ghazali tumbang buat pertama kali dalam ONE Championship selepas kalah kepada wakil Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat di Bangkok Thailand.
Memetik laporan Stadium Astro, dalam pertarungan yang menyaksikan perbezaan ketara dari segi umur, kudrat Jojo bagaimana pun tewas kepada pengalaman yang dimiliki oleh Nguyen yang lebih tenang dalam pertarungan ini.
Dalam pertarungan tersebut, Jojo menggunakan strategi serangan bertali arus untuk menewaskan Nguyen namun begitu usaha tidak membuahkan hasil.