JENTERA serangan Johor Darul Ta’zim (JDT) sedikit pincang ketika ini berikutan kecederaan dialami Teto Martin dan Enzo Lombardo yang masing-masing dijangka terpaksa direhatkan beberapa bulan.
Ini merupakan satu tamparan hebat buat skuad Harimau Selatan yang bukan sahaja akan bersaing di pentas domestik, malah perlu memberi persembahan terbaik di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite dan Piala Shopee.
Jadi, untuk mengisi kehilangan ditinggalkan itu, pihak pengurusan bertindak memanggil semula pemain sayap dari Argentina, Manuel Hidalgo yang sebelum ini dipinjamkan ke Kuala Lumpur (KL) City FC.







