SEJAK kebelakangan ini, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menjadi antara pasukan yang dipercayai mengalami masalah dalaman terutamanya selepas prestasi beberapa kejohanan domestik menjadi tanda ukur prestasi kelab berkenaan.
Selepas Sang Kenari dikejutkan dengan kekalahan 0-3 kepada Kuching City di laman sendiri dalam saingan suku akhir kedua MFL Challenge Cup, ia mengesahkan bahawa Sang Kenari secara rasminya terlepas semua trofi musim ini.
Oleh itu, tidak hairanlah jika penyokong-penyokong Hijau Kuning mengaitkan masalah dalaman mereka iaitu isu tunggakan gaji menjadi punca anak-anak buah Nafuzi Zain gagal memberikan persembahan terbaik dalam beberapa aksi kebelakangan ini.