SETELAH beberapa bulan tidak merasai kemenangan, penyokong Penang FC akhirnya boleh melakar senyuman selepas pasukan itu menundukkan PT Athletics 4-0 dalam suku akhir pertama MFL Challenge Cup pada Selasa.
Pertembungan yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang itu sememangnya memihak kepada skuad Harimau Kumbang yang berada dalam Liga Super sementara lawan mereka bersaing dalam Liga A1 Semi Pro.
Namun, rentetan aksi yang kurang memberangsangkan menyebabkan penyokong berasa kurang yakin akan kemampuan pasukan Utara tanah air itu dengan masing-masing gusar sekiranya kejutan tercetus.