JOHOR Darul Ta’zim (JDT) yang baru sahaja menerima tujuh pemain baharu menyaksikan senario persaingan sengit untuk merebut posisi dengan tonggak lama di kem Harimau Selatan akan kerap berlaku.
Bek tengah Korea Selatan, Park Jun-heong; Iker Undabarrena, Eddy Israfilov (pemain tengah); Enzo Lombardo, Jorge Obregon (penyerang); penjaga gol muda, Christian Abad dan Andoni Zubiaurre merupakan tujuh pemain baharu yang sudah didaftarkan oleh JDT.
Kehadiran lambakan pemain baharu itu akan menutup ruang pemain lama mendapatkan minit permainan namun pada masa sama, ia sebenarnya peluang untuk mereka beraksi bersama pasukan lain.







