MSIG, syarikat insurans am terkemuka di Asia dan penyedia insurans bukan hayat terbesar di Asean kini menjadi rakan kongsi utama bagi empat acara pasukan kebangsaan dan kelab utama Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) – Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024, Kelab Kejuaraan Piala Shopee Asean, Kejuaraan Wanita Asean dan Kejuaraan Bawah 23 Tahun Asean yang secara kolektif dinamakan sebagai Asean United FC.
Perkongsian itu dimuktamadkan oleh agensi pemasaran sukan global SPORTFIVE, rakan kongsi komersial eksklusif AFF.
Anggota MS&AD Insurance Group Holdings Inc. dan anak syarikat milik penuh Mitsui Sumitomo Insurance Co. Ltd., MSIG menyediakan pelbagai rangkaian produk dan solusi insurans peribadi dan komersial.